ROSYAM NOR PILIH KASIH???

>> Wednesday, April 29, 2009



‘Pilih Kasih’ program realiti baru terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies akan ditayangkan di TV2 mulai 11 April 2009 dengan paparan perjalanan aktiviti harian pelajar akan ditayangkan menerusi jurnal harian setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang 12 minggu.Penonton akan menyaksikan hasil lakonan setiap peserta melalui tayangan drama bersiri 10 minit, lakonan monolog dan teater muzikal yang akan dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton selama 15 minit.Pengkritik tetap Dr. Abu Hassan yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya dan Rosyam sendiri. Setiap minggu seorang pengkritik jemputan akan dijemput. Rancangan ini terbuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Siri ujibakat pula akan diadakan di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.



ERMA FATIMA ..Pengarah Teater Muzikal untuk PILIH KASIH



Read more...

TETAP UNGGUL


GERBANG ANGKASAPURI


SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN RTM KE 63 TAHUN PADA 1 APRIL, PP INGIN BERKONGSI VIDEO KLIP LAGU RTM 63 TAHUN " TETAP UNGGUL"

LAGU INI CIPTAAN PENGARAH MUZIK RTM DATO'MOKHZANI ISMAIL MANAKALA DI TULIS LIRIKNYA OLEH HJ ZAZMIE ZAIN. LAGU TETAP UNGGUL INI DINYANYIKAN OLEH EZLYNN YANG POPULAR DENGAN LAGU "HAI HAI BYE BYE"...

SESIAPA YANG NAK TAHU LAGUNYA MACAM MANA ...SILA KLIK DI SINI


PERASMIAN ANGKASAPURI...

SEDIKIT KISAH PEMBUKAAN RASMI PUSAT PENYIARAN MALAYSIA "ANGKASAPURI"

Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra. Kompleks Penyiaran Angkasapuri ini di mana Kementerian Penerangan dan Jabatan Televisyen ditempatkan adalah merupakan peringkat pertama Projek Pusat Penyiaran Malaysia. Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November, 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam. ( Info UUM ).



Read more...

SELAMAT ULANGTAHUN KE 63 RTM


63 TAHUN TETAP UNGGUL

JOM TRANSFORMASI !!!


“Transformasi RTM Era Digital” .. hebahan mengenainya sedang giat dilaksanakan agar rakyat semua tahu RTM komited ke arah merealisasi hasrat itu. Sebagai warga RTM kita seharusya mengambil tahu apa kepentingan pendigitalan ini kepada mutu siaran rangkaian RTM khususnya serta nilai tambah yang bakal wujud. Bukan setakat tahu bahkan bertanggungjawab terhadap proses ini secara langsung dalam skop kerja serta menghebahkan perkara ini. Ketika majlis perjumpaan bersama Ketua Pengarah Penyiaran Dato’ Ibrahim Yahya beliau secara tegas mengingatkan warga RTM supaya mengetahui kepentingan pendigitalan RTM serta peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Katanya menjadi sesuatu yang memalukan bila warga RTM sendiri tidak faham mengenai pendigitalan RTM. “ Pilih Tranformasi atau Transferasi ”, tegas Dato’ KP. Transformasi yang dimaksudkan bukan sahaja daripada peralatan sistem analog ke digital tetapi transformasi sikap dan pemikiran warga RTM. Terdapat beberapa pendekatan yang penting dan berkait rapat dengan transformasi RTM ke arah Digital. Pendekatan asas tertumpu kepada dasar, budaya kerja dan persekitaran kerja kakitangan. Ianya termasuk juga proses penstrukturan dan penjawatan. Seterusnya proses penukaran peralatan - peralatan analog kepada digital secara berperingkat yang dimulakan di peringkat Angkasapuri sebelum ke rangkaian stesen negeri. Peningkatan kemahiran kakitangan untuk mengendali peralatan digital bukan satu masalah besar kerana proses pembelajaran berterusan sentiasa dipraktik di RTM. Menurut Dato’ KP lagi, kakitangan RTM sebagai faktor asas kejayaan transformasi RTM ke era digital akan dititikberatkan. Secara tegasnya beliau mahukan warga RTM ada sifat daya saing, kreatif dan berfikiran terbuka dalam dunia penyiaran. Malah, bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat, mereka perlu menerima perubahan ini serta menukar budaya kerja “Rehat Tunggu Mati” selaras hasrat transformasi. Jika warga RTM sendiri tidak bersedia menyokong transformasi RTM, sia - sialah usaha jabatan dan kementerian. Bertepatan dengan tarikh 1 April 2009 juga , Dato’ KP mengucapkan Selamat Ulangtahun RTM ke 63 kepada semua warga RTM . Marilah kita berusaha agar RTM terus unggul.

PP:- Lencana transformasi telah diedar untuk dipakai bukan disimpan


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP