SELAMAT ULANGTAHUN KE 63 RTM

>> Wednesday, April 29, 2009


63 TAHUN TETAP UNGGUL

JOM TRANSFORMASI !!!


“Transformasi RTM Era Digital” .. hebahan mengenainya sedang giat dilaksanakan agar rakyat semua tahu RTM komited ke arah merealisasi hasrat itu. Sebagai warga RTM kita seharusya mengambil tahu apa kepentingan pendigitalan ini kepada mutu siaran rangkaian RTM khususnya serta nilai tambah yang bakal wujud. Bukan setakat tahu bahkan bertanggungjawab terhadap proses ini secara langsung dalam skop kerja serta menghebahkan perkara ini. Ketika majlis perjumpaan bersama Ketua Pengarah Penyiaran Dato’ Ibrahim Yahya beliau secara tegas mengingatkan warga RTM supaya mengetahui kepentingan pendigitalan RTM serta peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Katanya menjadi sesuatu yang memalukan bila warga RTM sendiri tidak faham mengenai pendigitalan RTM. “ Pilih Tranformasi atau Transferasi ”, tegas Dato’ KP. Transformasi yang dimaksudkan bukan sahaja daripada peralatan sistem analog ke digital tetapi transformasi sikap dan pemikiran warga RTM. Terdapat beberapa pendekatan yang penting dan berkait rapat dengan transformasi RTM ke arah Digital. Pendekatan asas tertumpu kepada dasar, budaya kerja dan persekitaran kerja kakitangan. Ianya termasuk juga proses penstrukturan dan penjawatan. Seterusnya proses penukaran peralatan - peralatan analog kepada digital secara berperingkat yang dimulakan di peringkat Angkasapuri sebelum ke rangkaian stesen negeri. Peningkatan kemahiran kakitangan untuk mengendali peralatan digital bukan satu masalah besar kerana proses pembelajaran berterusan sentiasa dipraktik di RTM. Menurut Dato’ KP lagi, kakitangan RTM sebagai faktor asas kejayaan transformasi RTM ke era digital akan dititikberatkan. Secara tegasnya beliau mahukan warga RTM ada sifat daya saing, kreatif dan berfikiran terbuka dalam dunia penyiaran. Malah, bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat, mereka perlu menerima perubahan ini serta menukar budaya kerja “Rehat Tunggu Mati” selaras hasrat transformasi. Jika warga RTM sendiri tidak bersedia menyokong transformasi RTM, sia - sialah usaha jabatan dan kementerian. Bertepatan dengan tarikh 1 April 2009 juga , Dato’ KP mengucapkan Selamat Ulangtahun RTM ke 63 kepada semua warga RTM . Marilah kita berusaha agar RTM terus unggul.

PP:- Lencana transformasi telah diedar untuk dipakai bukan disimpan


0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP