Selamat Bertugas Ketua Pengarah RTM

>> Thursday, April 23, 2009


Bekas pengarang kanan Berita Publishing Sdn Bhd Dato’ Ibrahim Yahaya dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai Isnin 16 Mac 2009. Dato’ Ibrahim, 48, menggantikan Dato’Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas. Sebelum ini, Dato’Ibrahim memegang jawatan sebagai Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.Menurut kenyataan Kementerian Penerangan, pelantikan Dato’Ibrahim adalah sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Jan lepas. Mulai 25 Feb lepas, Datuk Norhyati Ismail yang sebelum ini Pengarah Urusan Rancangan TV dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik),menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang kini menjadi Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang baru. Menurut kenyataan itu, pelantikan Dato’Adilah bertujuan memperkasakan IPPTAR sebagai institut penyiaran yang dihormati di peringkat antarabangsa. Sementara itu,, untuk pengetahuan para pembaca PP, Dato’ Ibrahim Yahaya mempunyai blog sendiri yang banyak menyampaikan idea untuk dikongsi, bahkan turut menjadi antara penulis blog yang ramai pengikutnya. Bagi yang ingin meninjau blog beliau bolehlah melayari http://duniatiger.blogspot.com. Beliau juga sering memberikan nasihat berhubung dunia penyiaran kepada pengamal media. Tahniah, semoga RTM terus maju.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP