BERA (107.5Mhz) RAUB (107.5Mhz) PEKAN (104.1Mhz) MARAN (92.0Mhz) KUANTAN (104.1Mhz) BENTONG (107.5Mhz) TEMERLOH (107.5Mhz) KUALA LIPIS (107.5Mhz) KUALA ROMPIN (91.9Mhz) MUADZAM SHAH (88.0Mhz) BANDAR JERANTUT (92.7Mhz) CAMERON HIGHLANDS (100.3Mhz) SELANGOR & KUALA LUMPUR (107.5Mhz)
Blog DJ Pahang FM
1) Blog ayah ngah
2) Blog Honey Hola-Hola
3) Blog Iskandar
4) Blok Izan Si Pelik Comel
5) Blog Kak N
6) Blog Kak Ngoh
7) Blog Kak Rock
8) Blog Kak Wan
9) Blog Khazilah
10)Blok shoows!!!
12 FEB ~ Penyelia Siaran Norasmahani Shaari t@ DJ Honey telahpun selamat melahirkan anak perempuan yang kedua secara pembedahan di KuantanMedical Centre ( KMC ) tepat 10.38 pagi. Baby nya seberat 2.88kg ketika dilahirkan. Ibu dan baby Alhamdulillah sihat walafiat . Masa PP dan rakan - rakan melawatnya, menurut Nor, baby girldinamakan Nuha..ringkas tetapi bermakna.
14 Feb ~ Semuanya berjalan lancar dan sangat meriah. Itu yang boleh disimpulkan untuk rakaman ke-2 Ria@Pahangfm yang telah diadakan di Penjara Penor. Lebih merasa lega pasti penerbitnya DJ Kak N @ Nik Kanisah Wan Husain. Terima kasih Jabatan Penjara Malaysia dan pengurusan Penjara Penor terutama Tuan Pengarah Jamil Razif Kasim. PP yang berpeluang hadir juga tumpang rasa meriah dan gembira bila melihat lebih 600 penghuni terhibur dan seronok. Para artis yang membuat persembahan kali ini seperti Ameng Spring, Sheila Abdul, Ani Mayuni dan Ery Putra serta diiringi pemuzik daripada The Roadblock Band yang turut tampil dengan 3 penyanyi mereka.Rakaman penghargaan juga kepada rakan wartawan dan jurugambar yang ramai juga hadir buat liputan..
PP:- Tak berkelip tengok Ani Mayuni bergelek walaupun berbadan 2!
11 FEB ~ Pendakwah terkenal Negeri Pahang, Ustaz Adham Che Kob, 54, telahkembali ke Rahmatullahdipercayai akibat penyakitkegagalan buah pinggang yang dihidapinya sejak dua ke tiga bulan kebelakangan ini.Allahyarham antara pendakwah yang banyakbekerjasama denganPAHANGfm untuk pelbagai program Agama termasuk Ceramah Pilihan dan Tazkirah. Bekas Pegawai Agama Daerah Rompin ini telah bersara awal daripada JAIP dan kemudiannyabertugas dengan MUIP. JenazahAllahyarham telah disemadikan di Pekan. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali. Semoga rohAllahyarham ditempatkan di kalangan paraSyuhada’ dan Solihin….Amin.
Konsert Masihkah Kau Ingat MKI yang diadakan pada 14 Mac memang menghiburkan..ianya diadakan buat kali ketiga tahun ini oleh stesen radio KLASIK NASIONAL dengan kerjasama PAHANGfm. Berdasarkan rekodkehadiran, seramai 500 lebih penonton memenuhi Auditorium Darul Makmur. Lebih membanggakan kerabat dan sahabat PAHANGfm turut serta memeriahkan konsert MKI yang selama ini tumpuan sahabat dan kerabat KLASIK NASIONAL. Barisan artis yang membuat persembahan sememangnya hebat bukan sahaja daripada segi vokal bahkan komunikasinya baik dengan para peminat. Itu satu contoh kenapa artis veteran masih relevan dan lagu - lagu mereka terus mendapat tempat di kalangan masyarakat. Bagi peminat lagu - lagu klasik dan retro, jarak bukan halangan untuk mereka datang menyaksikan konsert MKI ini. Ada yang datang dari Perak. Selangor, Negeri Sembilan bahkan Johor untuk menyaksikan artis kesayangan mereka menyanyi lagu hits masing - masing. Sanggup diaorang ini..itulah, PP cuma sedikit terkilan bila warga PAHANGfm sendiri gagal hadir untuk menyokong program ini. Mungkin mereka ada alasan tertentu, nilailah sendiri.
Bekas pengarang kanan Berita Publishing Sdn Bhd Dato’ Ibrahim Yahaya dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai Isnin 16 Mac 2009. Dato’ Ibrahim, 48, menggantikan Dato’Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas. Sebelum ini, Dato’Ibrahim memegang jawatan sebagai Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.Menurut kenyataan Kementerian Penerangan, pelantikan Dato’Ibrahim adalah sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Jan lepas. Mulai 25 Feb lepas, Datuk Norhyati Ismail yang sebelum ini Pengarah Urusan Rancangan TV dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik),menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang kini menjadi Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang baru. Menurut kenyataan itu, pelantikan Dato’Adilah bertujuan memperkasakan IPPTAR sebagai institut penyiaran yang dihormati di peringkat antarabangsa. Sementara itu,, untuk pengetahuan para pembaca PP, Dato’ Ibrahim Yahaya mempunyai blog sendiri yang banyak menyampaikan idea untuk dikongsi, bahkan turut menjadi antara penulis blog yang ramai pengikutnya. Bagi yang ingin meninjau blog beliau bolehlah melayari http://duniatiger.blogspot.com. Beliau juga sering memberikan nasihat berhubung dunia penyiaran kepada pengamal media. Tahniah, semoga RTM terus maju.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT IZAN DAN SUAMI SERTA BARD DAN ISTERI
JAN 09 ~ Bermula tahun baru 2009, ramai warga PAHANGfmmenukar status mereka daripada bujang kepada statusberkahwin..TAHNIAH lah kepada DJ Izan atau nama penuhnyaNorfarizan Osman dengan pasangannya Wan Mohd Najah Wan Adnan pada 25 Januari 2009 diikuti pula Tuan Badrolhisan Tuan Khalil ( Bard Admin ) dengan pasangannya Nurhidayah Abdul Jalil pada 31 Januari 2009 lalu..ada juga warga PAHANGfm yangmenerima menantu…Alhamdulillah semuanya telah selamat berlangsung..tidak kurang juga sepanjang tahun ini, ramai yang dah tempah tarikh nak tamatkan zaman bujang mereka, terutama staf skim J, kita tunggu je lah kad undangan mereka.. tapi PP pun dengar cerita mereka yangbujang tiga atau bujang dua tahun 2009 ni ada perancangan lain, AWAS!
31 JAN ~ Ria@PAHANGfm , program baru terbitan unit hiburan, memulakan rakaman pertamanya di Taman Ria , pentas terbuka KOMPSAS.Program bermula kira—kira 8.45 malam dengan dihadiri hampir 100 tetamu.Para artis yang membuat persembahan tampil dengan elemen muzik masing — masing. Irama Pop Yeh Yeh sudah tentu oleh rajanya iaitu Datuk Jefrrydin,balada oleh Haziq AF, irama dangdut oleh Syikin dan irama 60-an dibawakan olehRoszaini.Dengan gandingan pengacara Anuar Abdul Aziz dan Iskandar Mohd Khalyubi @ Pakcik, penonton pastinya tidak kering gusi dengan mereka.
DATO' JEFRIDIN
HAZIQ
Kuiz untuk penonton yang hadir juga berlangsung dan mereka yang berjaya menjawab soalan dengan betul telah memperoleh hadiah sumbangan FAMA.Selepas ini Ria@PAHANGfm akan diadakan pula di Penjara Penor Kuantan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia pada 14 Februari ( Sabtu ) bermula 2.00 petang. Ria@PAHANGfm ini diterbitkan oleh DJ Kak N@ Nik Kanisah Wan Husai