SIDANG MEDIA MENTERI

>> Friday, April 24, 2009



Kuantan - Orang ramai perlu memasang dekoder dengan anggaran harga RM300 apabila sistem penyiaran digital menggantikan analog diguna pakai sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, ia mungkin mahal pada peringkat permulaan kerana orang ramai perlu membeli dekoder bagi menonton televisyen tidak berbayar RTM dan tentunya membebankan golongan kurang berkemampuan. Namun peralihan kepada sistem digital adalah perlu, selaras dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia masa kini. Beliau berkata, proses pendigitalan penyiaran televisyen perlu dimulakan sekarang kerana jika tidak, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara lain, apatah lagi negara Asean akan menghentikan siaran analog pada 2015.Beliau berkata demikian ketika kunjungannya ke kediaman Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Adnan Yaakob baru - baru ini bagi memberikan penerangan berkenaan isu pendigitalan tersebut. Sementara itu ketika ditemuramah oleh BERNAMA TV KL, Datuk Ahmad Shabery memberitahu RTM mungkin memperkenalkan satu atau dua saluran baru di Astro dalam beberapa bulan lagi sebagai tambahan kepada program berbentuk hiburan 24 jam Muzik Aktif di saluran 180 Astro yang akan dilancarkan 16 Mac ini. Tambah beliau ada lagi satu dua saluran lain yang mungkin diperkenalkan, namun tidak boleh umumkan sekarang, dalam masa beberapa bulan akan ada lagi, tetapi RTM mulakan dengan ini (saluran Muzik Aktif). Beliau berkata, RTM memulakannya dengan saluran muzik kerana ia lebih mudah, dan menurutnya, dalam keadaan krisis ekonomi global yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia, saluran sebegini mampu menenangkan hati rakyat.


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP