HARI KELUARGA MOI...

>> Thursday, April 23, 2009


JOM SERTAI!!!


Read more...

International School Of Kuantan lawat KOMPSAS

WELCOME!

KOMPSAS kita telah menerima lawatan dari para pelajar dan guru International School Of Kuantan (ISK) pada 24 dan 25 Feb yang lalu. Para pelajar sekolah ini datangnya dari 13 buah Negara termasuk Australia, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat. Rombongan ini diketuai oleh Pengarah ISK Mr.Stephen Byrnes bersama 28 pelajar. Terima Kasih kerana sudi melawat RTM Pahang.




Read more...

DATANG dan PERGI...

Apa yang kita ada selalunya tidak kekal apatah lagi kedudukan kita dalam alam pekerjaan ini. Pekerjaan pasti menuntut kita untuk berkorban samaada kita rela atau paksa rela. Sebenarnya terkejut juga bila Ketua Bahagian Rancangan PAHANGfm Puan Sarina Abd Sukor bertukar ke Unit Bekalan Filem di IBC Angkasapuri. PP ada bercakap dengan KBR ni, katanya dia dapat surat hari Jumaat 27 Feb dan telahpun melapor diri Isnin 2 Mac..Bagi PP anggaplah setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya yang penting kita mesti pandai bawa diri dan teguhkan hati. Seorang lagi yang bertukar baru - baru ini ialah En. Marzuki Salleh, Pengawal Keselamatan yang telah bertukar ke RTM Kuala Terengganu.

Manakala Januari lepas juga Penyelia BES, En.Mazlan Mohamed Isa telah melepaskan jawatan Penerbit Rancangan RTM setelah menjawat jawatan Setiausaha Majlis Daerah Raub, begitu juga En.Hud Kasyfi Mat Noh (DJ Hud) yang ditawarkan jawatan tetap di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tahniah kepada mereka, marilah kita doakan rakan - rakan yang berhijrah ini sentiasa maju dalam karier masing - masing. Rezeki tuhan ada mana - mana yang penting usaha. Itu kisah yang pergi..



Kisah yang datang pulak..PAHANGfm juga menerima beberapa orang staf baru. Mereka yang dimaksudkan ialah En.Jasmi Faisal Muda / Bent (Wartawan Piecemeal), Cik Syuhada Dato’Hashim (Juruhebah Piecemeal), En.Tarmizi (Pengawal Keselamatan) dan En.Shahrul Fazli (Pemandu). Selamat datang dan Selamat menjadi warga kerja RTM Pahang. Harap kita semua boleh bekerjasama untuk memajukan RTM.

PP :- Intailah antara nampak...



Read more...

KENA BELI DEKODER RTM KE ?


NAK TENGOK TV KENA BELI DEKODER?


Setelah sempurnanya pendigitalan RTM menjelang tahun 2012, penonton RTM mungkin perlu mengeluarkan wang bagi mendapatkan alat penerima liputan atau dekoder dengan harga dianggarkan RM300. Namun Menteri Penerangan , Dato’ Ahmad Shabery Cheek berkata, pendigitalan RTM tidak memerlukan rakyat melanggan siaran seperti stesen satelit atau kabel.Mungkin ada yang gusar nak kena keluarkan duit pulak lepas ni..tapi jangan bimbang menteri kita bagitau, semua tu tak pasti lagi kerana kerajaan akan pilih pendekatan terbaik untuk rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Katanya, kos dekoder boleh jadi juga dimasukkan sebagai mekanisme kos keseluruhan pembinaan infrastruktur pancaran digital itu nanti dan rakyat akan dapat tonton RTM secara percuma. RTM kini lebih memberi fokus kepada kandungan rancangan yang akan disiarkan selepas pendigitalan tersebut yang akan melibatkan kira-kira 19 saluran. Untuk itu, kebanyakan kandungan program yang disiarkan bercirikan tempatan serta dihasilkan oleh syarikat tempatan. Sebagai warga RTM, kita perlulah menggiatkan lagi usaha kita supaya menjadi pekerja yang boleh membawa kepada kemajuan RTM..


RTM BOLEH!!!



PP:- Digital lebih baik tapi tanpa digit ( RM ) lagilah OK!

Read more...

JANGAN PANDANG BELAKANG !



Bermulalah sekitar sempadan KOMPSAS kita ni ditebang segala pokok - pokok untuk tujuan pembinaan Kompleks Pasar Besar Kuantan yang berkonsep moden. Baguslah, lepas ni ramailah yang akan tahu adanya RTM di Kuantan ni..tapi PP bimbang juga dengan pencemaran bau sebab kalau dah pasar, kita sedia maklumlah keadaannya..harap ianya tidak mengganggu kita di sini ditambah pula KOMPSAS sentiasa jadi tumpuan sebagai lokasi program melibatkan masyarakat dan pemimpin..Tapi sejak kerja - kerja pembersihan tapak projek tu, sepanjang minggu ni pulak, PP ada mendengar cerita kontroversi tentang rumpun buluh besar sempadan kawasan kita yang telah ditebang .. Timbullah pulak macam - macam cerita tentang pokok buluh ni..katanya...rumpun buluh besar tu dikatakan tempat tinggal makhluk ghaib..lepas kena tebang, dah takde lagi rumah makhluk ghaib tersebut, sebab tu lah ada kawan - kawan kita yang nampak kelibat di tangga, lif dan tandas..paling best ada yang siap berborak lagi dengan jelmaannya..nak percaya atau tidak terpulanglah tapi PP belum terserempak lagi.



PP :- Jiwa kena kuat barulah tidak diganggu..

Read more...

PERMATA HATI...


12 FEB ~ Penyelia Siaran Norasmahani Shaari t@ DJ Honey telahpun selamat melahirkan anak perempuan yang kedua secara pembedahan di Kuantan Medical Centre ( KMC ) tepat 10.38 pagi. Baby nya seberat 2.88kg ketika dilahirkan. Ibu dan baby Alhamdulillah sihat walafiat . Masa PP dan rakan - rakan melawatnya, menurut Nor, baby girl dinamakan Nuha..ringkas tetapi bermakna.



PP:- Tumpang gembira..

Read more...

Ria@PAHANGfm Di Penjara Penor


14 Feb ~ Semuanya berjalan lancar dan sangat meriah. Itu yang boleh disimpulkan untuk rakaman ke-2 Ria@Pahangfm yang telah diadakan di Penjara Penor. Lebih merasa lega pasti penerbitnya DJ Kak N @ Nik Kanisah Wan Husain. Terima kasih Jabatan Penjara Malaysia dan pengurusan Penjara Penor terutama Tuan Pengarah Jamil Razif Kasim. PP yang berpeluang hadir juga tumpang rasa meriah dan gembira bila melihat lebih 600 penghuni terhibur dan seronok. Para artis yang membuat persembahan kali ini seperti Ameng Spring, Sheila Abdul, Ani Mayuni dan Ery Putra serta diiringi pemuzik daripada The Roadblock Band yang turut tampil dengan 3 penyanyi mereka.Rakaman penghargaan juga kepada rakan wartawan dan jurugambar yang ramai juga hadir buat liputan..

PP:- Tak berkelip tengok Ani Mayuni bergelek walaupun berbadan 2!

Read more...

BELASUNGKAWA

11 FEB ~ Pendakwah terkenal Negeri Pahang, Ustaz Adham Che Kob, 54, telah kembali ke Rahmatullah dipercayai akibat penyakit kegagalan buah pinggang yang dihidapinya sejak dua ke tiga bulan kebelakangan ini. Allahyarham antara pendakwah yang banyak bekerjasama dengan PAHANGfm untuk pelbagai program Agama termasuk Ceramah Pilihan dan Tazkirah. Bekas Pegawai Agama Daerah Rompin ini telah bersara awal daripada JAIP dan kemudiannya bertugas dengan MUIP. Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Pekan. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para Syuhada’ dan Solihin….Amin.

PP:- AL FATIHAH

Read more...

Konsert Masihkah Kau Ingat


Konsert Masihkah Kau Ingat MKI yang diadakan pada 14 Mac memang menghiburkan..ianya diadakan buat kali ketiga tahun ini oleh stesen radio KLASIK NASIONAL dengan kerjasama PAHANGfm. Berdasarkan rekod kehadiran, seramai 500 lebih penonton memenuhi Auditorium Darul Makmur. Lebih membanggakan kerabat dan sahabat PAHANGfm turut serta memeriahkan konsert MKI yang selama ini tumpuan sahabat dan kerabat KLASIK NASIONAL. Barisan artis yang membuat persembahan sememangnya hebat bukan sahaja daripada segi vokal bahkan komunikasinya baik dengan para peminat. Itu satu contoh kenapa artis veteran masih relevan dan lagu - lagu mereka terus mendapat tempat di kalangan masyarakat. Bagi peminat lagu - lagu klasik dan retro, jarak bukan halangan untuk mereka datang menyaksikan konsert MKI ini. Ada yang datang dari Perak. Selangor, Negeri Sembilan bahkan Johor untuk menyaksikan artis kesayangan mereka menyanyi lagu hits masing - masing. Sanggup diaorang ini..itulah, PP cuma sedikit terkilan bila warga PAHANGfm sendiri gagal hadir untuk menyokong program ini. Mungkin mereka ada alasan tertentu, nilailah sendiri.




Roziah Latiff

Read more...

Selamat Bertugas Ketua Pengarah RTM


Bekas pengarang kanan Berita Publishing Sdn Bhd Dato’ Ibrahim Yahaya dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai Isnin 16 Mac 2009. Dato’ Ibrahim, 48, menggantikan Dato’Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas. Sebelum ini, Dato’Ibrahim memegang jawatan sebagai Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.Menurut kenyataan Kementerian Penerangan, pelantikan Dato’Ibrahim adalah sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Jan lepas. Mulai 25 Feb lepas, Datuk Norhyati Ismail yang sebelum ini Pengarah Urusan Rancangan TV dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik),menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang kini menjadi Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang baru. Menurut kenyataan itu, pelantikan Dato’Adilah bertujuan memperkasakan IPPTAR sebagai institut penyiaran yang dihormati di peringkat antarabangsa. Sementara itu,, untuk pengetahuan para pembaca PP, Dato’ Ibrahim Yahaya mempunyai blog sendiri yang banyak menyampaikan idea untuk dikongsi, bahkan turut menjadi antara penulis blog yang ramai pengikutnya. Bagi yang ingin meninjau blog beliau bolehlah melayari http://duniatiger.blogspot.com. Beliau juga sering memberikan nasihat berhubung dunia penyiaran kepada pengamal media. Tahniah, semoga RTM terus maju.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP