EDISI PENGENALAN

>> Wednesday, April 22, 2009




SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT IZAN DAN SUAMI SERTA BARD DAN ISTERI


JAN 09 ~ Bermula tahun baru 2009, ramai warga PAHANGfm menukar status mereka daripada bujang kepada status berkahwin..TAHNIAH lah kepada DJ Izan atau nama penuhnya Norfarizan Osman dengan pasangannya Wan Mohd Najah Wan Adnan pada 25 Januari 2009 diikuti pula Tuan Badrolhisan Tuan Khalil ( Bard Admin ) dengan pasangannya Nurhidayah Abdul Jalil pada 31 Januari 2009 lalu..ada juga warga PAHANGfm yang menerima menantu…Alhamdulillah semuanya telah selamat berlangsung..tidak kurang juga sepanjang tahun ini, ramai yang dah tempah tarikh nak tamatkan zaman bujang mereka, terutama staf skim J, kita tunggu je lah kad undangan mereka.. tapi PP pun dengar cerita mereka yang bujang tiga atau bujang dua tahun 2009 ni ada perancangan lain, AWAS!

PP:- Bujang lagi ke…


“Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.

Ada awal, tiada penghujung.

Dibuat untuk mengingatiNya.

Dicantum kerana cintaNya ALLAH Ya Rabbi..


--------------------------------------------------------------------------------------------------


31 JAN ~ Ria@PAHANGfm , program baru terbitan unit hiburan, memulakan rakaman pertamanya di Taman Ria , pentas terbuka KOMPSAS.Program bermula kira—kira 8.45 malam dengan dihadiri hampir 100 tetamu. Para artis yang membuat persembahan tampil dengan elemen muzik masing — masing. Irama Pop Yeh Yeh sudah tentu oleh rajanya iaitu Datuk Jefrrydin,balada oleh Haziq AF, irama dangdut oleh Syikin dan irama 60-an dibawakan olehRoszaini. Dengan gandingan pengacara Anuar Abdul Aziz dan Iskandar Mohd Khalyubi @ Pakcik, penonton pastinya tidak kering gusi dengan mereka.

DATO' JEFRIDIN


HAZIQ

Kuiz untuk penonton yang hadir juga berlangsung dan mereka yang berjaya menjawab soalan dengan betul telah memperoleh hadiah sumbangan FAMA.Selepas ini Ria@PAHANGfm akan diadakan pula di Penjara Penor Kuantan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia pada 14 Februari ( Sabtu ) bermula 2.00 petang. Ria@PAHANGfm ini diterbitkan oleh DJ Kak N @ Nik Kanisah Wan Husai

PP:- Sokonglah program kita...





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Read more...

Pahangfm Post

Pahangfm Post kini blogger!

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP