PAHANGFM 24 JAM????
>> Thursday, June 4, 2009
24JAM 24JAM
24 JAM
Mulai 4 Jun 2009, PAHANGfm akan bersiaran selama 24 jam setiap hari..bermula pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam anda akan mendengar PAHANGfm, selepas 12.00 tengah malam, frekuensi PAHANGfm akan diambil alih KLASIK NASIONAL..so, para pendengar tidak lagi hanya mendengar bunyi "Radio Senyap" seperti sebelum ini..tentu meriah hidup kita selepas ini!
"PESTA ROMPIN"
>> Wednesday, June 3, 2009
DJ KAK N
DJ HONEY DJ SHOOWS
DJ E-ZAN
DJ ABG YEM, DJ NUAR & AKI
Jom hangat dan gegarkan Rompin..penyampai Pahangfm akan berada di sana !!!! Nak jumpa DJ Shoows @ DJ Honey @ DJ E -zan?????? Abg Yem, Kak N, Nuar dan Aki pun ada..bermula 6 hingga 7 Jun 2009 ( Sabtu dan Ahad ) ..Radio Malaysia Pahangfm akan bersiaran dari konti sementara di sana!!!! Pantai Hiburan Rompin.. Sahabat2 Pahangfm, kita bikin gempak kkkkk!!!! Ada banyak hadiah untuk dimenangi sbb kami ada games utk pengunjung..jumpa di sana yer..
Nostalgia RTM Pahang dulu - dulu...
>> Tuesday, May 26, 2009
Ketika keberangkatan DYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah melawat RTM Pahang.
Kelihatan Dato'Seri Utama Dr Rais Yatim ketika itu menjadi Menteri Penerangan. Kini beliau menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Suasana bekerja di RTM Pahang sekitar tahun 1970-an. Nampak segak masing - masing.
Majlis Perasmian Bangunan RTM Pahang oleh KDYMM Sultan Pahang Sir Sultan Abu Bakar dan turut sama Menteri Penerangan.
Bangunan RTM yang lama, asalnya RTM Pahang hanya stesen pemancar sahaja.
Bintang Klasik dah selesai..
>> Tuesday, May 19, 2009
Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2009 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung..8 peserta yang bertanding menampilkan kehebatan masing - masing. YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Hj Adnan Yaakob sudi hadir memeriahkan majlis. Terima kasih Dato' sri..selain itu, Pengarah Siaran Tn Hj Keliwon Pajhar serta Pengawal Klasik Nasional Tn Hj Chuari Selamat turut hadir. Meskipun terdapat kekurangan dalam penganjuran terutama masalah teknikal, majlis berjalan lancar. Diharapkan banyak perkara boleh dipelajari dan dijadikan pengalaman berguna kepada pihak yang terlibat. Apa - apapun, Johan dan naib johan pertandingan bintang klasik ini akan mewakili Pahang ke peringkat zon timur. Berikut adalah keputusan penuh :
JOHAN LELAKI - Syamsul Nizam Bin Ali ( Lagu : Menimbang Rasa )
NAIB JOHAN LELAKI - Ayob Bin Majid ( Lagu : Mungkin Bersama )
KETIGA LELAKI - Zainal Bin Mohd Isa ( Lagu : Tangisan Di Waktu Malam )
SAGUHATI - Reimi Azwan Bin Ali ( Lagu : Di Ambang Senja )
JOHAN WANITA - Norakmazulaikha Bt Khalid ( Lagu: Sukma Rindu )
NAIB JOHAN WANITA - Zaharah Bt Jusoh ( Lagu : Tunggu Sekejap )
KETIGA WANITA - Nur Izyan Hazwani Bt Omar ( Lagu : Dengan Cinta Ku Bina Istana )
SAGUHATI - Nooriyatul Diyana Bt Daud ( Lagu : Siapa Dia )
Panel Juri :
1) En.Wahiduddin Abd Manaf
- Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
2) En.Anip Abdul Majid
- Pemantau Lagu Klasik Nasional
Read more...
BINTANG KLASIK 2009
>> Monday, May 18, 2009
Antara lagu yang dinyanyikan peserta :
1)Tunggu Sekejap
2) Menimbang rasa