BINTANG KLASIK 2009

>> Monday, May 18, 2009



Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2009 akan diadakan pada 19 Mei ini..Selasa..bermula 9.00 malam..Tetamu kehormat yang dijadualkan hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang Dato'Seri Hj Adnan Hj Yaakob..program ini akan berlangsung di Auditorium Darul Makmur kita yang canggih tu la..8 peserta yang akan mengambil bahagian..kebanyakkannya berumur belasan tahun..baguslah RTM buat program macam ni..sekurang - kurangnya lagu - lagu klasik tidak hilang begitu sahaja..Sebagai tanda sokongan kepada program kita..marilah kita bersama memeriahkan pertandingan ini..bawaklah saudara mara, kawan2 dan jiran tetangga masing - masing..lagi ramai lagilah bagus..

Antara lagu yang dinyanyikan peserta :
1)Tunggu Sekejap
2) Menimbang rasa



Read more...

Selamat Datang Tuan Pengarah

>> Tuesday, May 12, 2009

Selamat datang ke RTM Pahang..Pengarah baru RTM Pahang ialah Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Abdul Razak. Beliau sebelum ini bertugas di RTM Terengganu sebagai Pengarah Penyiaran Kawasan Timur. Untuk pengetahuan semua, pengarah RTM Pahang yang baru ini orang Temerloh..rodong koi belaker!

Read more...

Pengarah dah bertukar..

>> Thursday, May 7, 2009


Sepertimana yang diketahui semua..Tuan Pengarah kita Tn Hj Fakhrur Razi Ismail telah bertukar ke Bahagian Pengurusan Am di Angkasapuri bermula 4 Mei 2009..dulu Bahagian Pengurusan Am, bosnya Encik Abdul Hadi Yusof..Pertukaran ini selaras dengan gred penstrukturan baru Jabatan Penyiaran..maka RTM Pahang akan menerima pengarah baru...dengar khabar Pengarah baru kita orang Temerloh..dulu Hj Razi dari Raub..emm..anak Pahang sesuailah untuk menerajui Jabatan Penyiaran Pahang@RTM Pahang@PAHANGfm..18 Mei 2009, maka pengarah baru akan memulakan tugas di sini. Kepada mantan pengarah Tn Hj Razi..Selamat Bertukar dan Semoga Sukses di sana..Untuk bakal pengarah Selamat Datang ke RTM Pahang..Amin..


Read more...

Menteri baru, nama kementerian pun baru...

>> Sunday, May 3, 2009

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Dato'Ahmad Shabery Cheek

Kementerian Penerangan sekali lagi menerima menteri yang baru . Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dilantik menggantikan Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang bertukar portfolio ke sebagai Menteri Belia dan Sukan. Manakala 2 Timbalan Menteri ialah Dato’ Joseph Salang dan Senator Heng Seai Kie. Kalau diimbau semula, Datuk Seri Utama Dr Rais "Bagai Sirih Pulang Ke Gagang" kerana beliau pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan pada 1984 - 1986.Perubahan menteri ini dinyatakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan barisan kabinet baru. Kabinet kali ini lebih kecil iaitu 28 kementerian berbanding 32 kementerian sebelum ini. Bukan sahaja menteri, Kementerian Penerangan kini telah dikenali sebagai KEMENTERIAN PENERANGAN , KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.


Read more...

ROSYAM NOR PILIH KASIH???

>> Wednesday, April 29, 2009



‘Pilih Kasih’ program realiti baru terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies akan ditayangkan di TV2 mulai 11 April 2009 dengan paparan perjalanan aktiviti harian pelajar akan ditayangkan menerusi jurnal harian setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang 12 minggu.Penonton akan menyaksikan hasil lakonan setiap peserta melalui tayangan drama bersiri 10 minit, lakonan monolog dan teater muzikal yang akan dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton selama 15 minit.Pengkritik tetap Dr. Abu Hassan yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya dan Rosyam sendiri. Setiap minggu seorang pengkritik jemputan akan dijemput. Rancangan ini terbuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Siri ujibakat pula akan diadakan di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.



ERMA FATIMA ..Pengarah Teater Muzikal untuk PILIH KASIH



Read more...

TETAP UNGGUL


GERBANG ANGKASAPURI


SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN RTM KE 63 TAHUN PADA 1 APRIL, PP INGIN BERKONGSI VIDEO KLIP LAGU RTM 63 TAHUN " TETAP UNGGUL"

LAGU INI CIPTAAN PENGARAH MUZIK RTM DATO'MOKHZANI ISMAIL MANAKALA DI TULIS LIRIKNYA OLEH HJ ZAZMIE ZAIN. LAGU TETAP UNGGUL INI DINYANYIKAN OLEH EZLYNN YANG POPULAR DENGAN LAGU "HAI HAI BYE BYE"...

SESIAPA YANG NAK TAHU LAGUNYA MACAM MANA ...SILA KLIK DI SINI


PERASMIAN ANGKASAPURI...

SEDIKIT KISAH PEMBUKAAN RASMI PUSAT PENYIARAN MALAYSIA "ANGKASAPURI"

Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra. Kompleks Penyiaran Angkasapuri ini di mana Kementerian Penerangan dan Jabatan Televisyen ditempatkan adalah merupakan peringkat pertama Projek Pusat Penyiaran Malaysia. Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November, 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam. ( Info UUM ).



Read more...

SELAMAT ULANGTAHUN KE 63 RTM


63 TAHUN TETAP UNGGUL

JOM TRANSFORMASI !!!


“Transformasi RTM Era Digital” .. hebahan mengenainya sedang giat dilaksanakan agar rakyat semua tahu RTM komited ke arah merealisasi hasrat itu. Sebagai warga RTM kita seharusya mengambil tahu apa kepentingan pendigitalan ini kepada mutu siaran rangkaian RTM khususnya serta nilai tambah yang bakal wujud. Bukan setakat tahu bahkan bertanggungjawab terhadap proses ini secara langsung dalam skop kerja serta menghebahkan perkara ini. Ketika majlis perjumpaan bersama Ketua Pengarah Penyiaran Dato’ Ibrahim Yahya beliau secara tegas mengingatkan warga RTM supaya mengetahui kepentingan pendigitalan RTM serta peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Katanya menjadi sesuatu yang memalukan bila warga RTM sendiri tidak faham mengenai pendigitalan RTM. “ Pilih Tranformasi atau Transferasi ”, tegas Dato’ KP. Transformasi yang dimaksudkan bukan sahaja daripada peralatan sistem analog ke digital tetapi transformasi sikap dan pemikiran warga RTM. Terdapat beberapa pendekatan yang penting dan berkait rapat dengan transformasi RTM ke arah Digital. Pendekatan asas tertumpu kepada dasar, budaya kerja dan persekitaran kerja kakitangan. Ianya termasuk juga proses penstrukturan dan penjawatan. Seterusnya proses penukaran peralatan - peralatan analog kepada digital secara berperingkat yang dimulakan di peringkat Angkasapuri sebelum ke rangkaian stesen negeri. Peningkatan kemahiran kakitangan untuk mengendali peralatan digital bukan satu masalah besar kerana proses pembelajaran berterusan sentiasa dipraktik di RTM. Menurut Dato’ KP lagi, kakitangan RTM sebagai faktor asas kejayaan transformasi RTM ke era digital akan dititikberatkan. Secara tegasnya beliau mahukan warga RTM ada sifat daya saing, kreatif dan berfikiran terbuka dalam dunia penyiaran. Malah, bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat, mereka perlu menerima perubahan ini serta menukar budaya kerja “Rehat Tunggu Mati” selaras hasrat transformasi. Jika warga RTM sendiri tidak bersedia menyokong transformasi RTM, sia - sialah usaha jabatan dan kementerian. Bertepatan dengan tarikh 1 April 2009 juga , Dato’ KP mengucapkan Selamat Ulangtahun RTM ke 63 kepada semua warga RTM . Marilah kita berusaha agar RTM terus unggul.

PP:- Lencana transformasi telah diedar untuk dipakai bukan disimpan


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP