HITS SATU AKHIR MUSIM KE 6

>> Tuesday, April 28, 2009


MEET UNCLE HUSSAIN (MUH) JUARA!!!!!!

Gimik ‘pelanduk dua serupa’ vokalis Meet Uncle Hussain (MUH) serta persembahan mantap MUH melayakkan band indie ini menjuarai Pertandingan Akhir Hits Satu di Auditorium Darul Makmur RTM Pahang 28 Mac lepas. Lagu berjudul “Lagu Untukmu” ciptaan sepenuhnya oleh mereka membolehkan MUH membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi selaku juara kategori lagu terbaik.Persembahan terbaik juga milik MUH dan menerima RM5,000.Naib Juara kategori lagu terbaik pula dinobatkan kepada lagu “Marabahaya”nyanyian Pop Shuvit. Lagu ini membolehkan Pop Shuvit merangkul wang tunai RM20,000 dan trofi. 6ixth Sense pula membuat kejutan apabila lagu “Tanpa” ciptaan sepenuhnya oleh mereka berjaya menjuarai kategori lagu paling popular berdasarkan 100% undian sms. Mereka menerima RM 10,000 dan trofi. Finalis lain tidak kurang hebatnya memberikan saingan. Mereka ialah Projek Pistol, Kristal,Hujan,Ifa Raziah, Daniel Lee serta duet Hattan dan Edrie Hashim. Pengacara pada malam tersebut E’One dan Nabila ternyata menceriakan lagi suasana pertandingan. Artis undangan Papa Rock Ramli Sarip, Nurul dan Lah Ahmad turut menambah kemeriahan pertandingan yang pertama kali dibuat di luar KL. Pihak RTM juga berbesar hati apabila Setiausaha Kerajaan Pahang Dato’ Muhammad Safian Ismail sudi hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pihak penerbitan Hits1 dari Unit Hiburan RTM KL banyak kali beritahu PP mereka terkejut dengan sambutan luar jangkaan terhadap program ini. Apa tidaknya, kehadiran ke ADAM tersangat ramai sampai tidak terkawal. Hebat kan orang Pahang menyokong RTM !





Read more...

TERPERANJAT @ TERUJA !

19 Mac ~ Ketua Pengarah Penyiaran yang baru Dato’ Ibrahim Yahaya telah mengunjungi RTM Pahang secara mengejut sekitar pukul 4.30 petang. Kedatangan beliau disambut Tuan Pengarah dan jurutera. Antara lokasi yang disinggahi ialah Unit Pentadbiran dan Auditorium. Kehadiran beliau secara tiba - tiba itu mengingatkan PP kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membuat lawatan mengejut ke Pejabat Jabatan Imigresen selepas dilantik menjadi Perdana Menteri dulu. Nampaknya pendekatan itu diambil Dato’KP kita selepas dilantik menjadi Ketua Pengarah Penyiaran. Bagus juga, sekurang - kurangnya bagi warga RTM Pahang yang belum mengenali wajah Dato’KP, telahpun bersua dengan beliau.

PP PP :- Terima kasih Dato’Tiger..



Read more...

ABANG - ABANG TLDM SERANG RTM !


KOMPSAS kita telah menerima lawatan para pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM Kem Tanjung Gelang Kuantan seramai 44 orang. Mereka begitu teruja dengankecanggihan Auditorium kita. Terima kasih kerana sudi melawat RTM Pahang. Menurut ketua rombongan TLDM ini juga, mereka akan menyokong program yang RTM anjurkan jika memerlukan penonton, katanya TLDM sudi meramaikan program kita. PP Cuma bagi reaksi, kalau programnya malam, minta tolong jangan pakai pakaian seragam khuatir ada yang terperanjat! Hehe..



Read more...

JOBS MALAYSIA

Keadaan ekonomi tidak menentu kini, mungkin menyebabkan kesukaran memperoleh pekerjaan terutama para graduan. Untuk itu, kakitangan RTM yang mempunyai anak lepasan Institut Pengajian Tinggi tetapi masih tidak bekerja ataupun ingin membantu anak memperoleh pekerjaan lebih baik disaran melayari laman web www.jobsmalaysia.gov.my. Laman Web JobsMalaysia (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) di ELX) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini juga memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian.RTM juga sedang menghebahkan perkara ini menerusi TV dan radio.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP